PERHATIAN

Laman blog ni akan dikemaskini pada 20 Mac 2010. Kami meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan nota-nota seterusnya. Hal ini kerana kami terlalu sibuk dengan tugasan. Harap maklum, sekian..

Wednesday, January 13, 2010

Peranan Main dalam Proses Pembelajaran

(nota Murid Dan Alam Belajar PISMP Sem 2)

Seperti mana yang diketahui, pengalaman langsung kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Pengalaman langsung yang paling asas ialah bermain. Alam kanak-kanak tidak dapat dipisahkan daripada bermain. Kanak-kanak belajar melalui proses bermain. Pembelajaran yang berlaku adalah secara holistik. pelbagai perkara dapat dipelajari oleh kanak-kanak melalui satu jenis permainan yang direka sendiri ataupun dikongsi bersama. Sering kali kanak-kanak mereka cipta permainan sendiri termasuk peraturan bermain, penggiliran, alatan dan sebagainya.

Seorang guru mestilah menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan kanak-kanak dan sekali gus memberikan hak kepada kanak-kanak untuk belajar melalui proses bermain yang sememangnya semula jadi bagi insan manusia.

- Konsep Main
- Kepentingan Main
- Katogeri Main
- Ciri-ciri Main

0 comments:

Photos

 

Site Info

Followers