PERHATIAN

Laman blog ni akan dikemaskini pada 20 Mac 2010. Kami meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan nota-nota seterusnya. Hal ini kerana kami terlalu sibuk dengan tugasan. Harap maklum, sekian..

Friday, March 6, 2009

Elemen-Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(nota Falsafah Pendidikan PISMP Semester 1)

" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".

Dalam Falsafah Pendidikan Negara, terdapat dua aspek yang boleh dirujuk iaitu cabang-cabang falsafah dan elemen-elmen yang terkandung dalam FPK itu sendiri. Antara cabang-cabang falsafahnya ialah Metafizik. Ciri-ciri FPK bagi Metafizik ialah menyeluruh dan bersepadu yang bermaksud, badan ilmu sejagat haruslad diajar oleh guru dan mesti dipelajari oleh muridnya. Ini bermaksud, guru mestilah mencurahkan segala ilmu yang telah ditetapkan sukatannya oleh kerajaan kepada seitap murid. Dengan itu, potensi dan kebolehan individu penting untuk berkmbang secara menyeluruh dan bersepadu.

Berikut ialah cabang falsafah Epistemologi iaitu usaha yang berterusan. Maksud usaha berterusan di sini ialah, ilmu sentiasa berubah dari semasa ke semasa kerana cabang ilmu sangat luas dan tiada satu pun ilmu yang mutlak. Implikasi terhadap cabang ini ialah penyesuauan diri amatlah perlu mengikut peredaran zaman dan perkembangan semasa misalnya teknologi ICT, k-ekonomi dan sebagainya. Penekanan ilmu juga akan menggalakkan lagi perkembangan dan boleh meluaskan lagi pengetahuan dan kemahiran diri. Selain itu, boleh menyebabkan pekenanan kepada pembelajaran sepanjang hayat. Dan cabang falsafah yang ketiga ialah Aksiologi. Cabang aksiologi pula terbahagi unsur kepada dua iaitu, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang bermaksud unsur kewujudan dan peranan beragama. Dan unsure kedua ialah berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang bermaksud peranan nilai moral, etika dan sahsiah. Dan cabang falsafah yang terakhir ialah, logik. Logik ialah berketerampilan yang bermaksud kepentingan dan penaakulan sah dan tidak sah.

Seterusnya, marilah kita mengkaji maksud yang tersirat setiap elemen yang terdapat dalam FPK. Pendidikan adalah suatu usaha berterusan bermaksud pendidikan merupakan satu proses pemorelahan dan pemindahan ilmu serta kemahiran dan nilai murni yang berlaku secara berterusan dari kecil sehinggalah ke akhir hayat. Jadi, pendidikan yang bermula dari awal kanak-kanak amatlah penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk kemudiannya akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Apabila tamat persekolahan, setiap individu masih juga perlu untuk meneruskan peningkatan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Oleh itu, proses pendidikan yang berterusan ini mampu untuk membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.

Perkembangan potensi individu pula bermaksud setiap individu telah pun dianugerahkan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi dan kebolehan ini sebenarnya dapat dicungkil, dipupuk atau dikembangkan lagi bagi menyerlahkanya. Melalui interaksi sosial dengan orang lain atau pun peredaran alam sekitar dapat menjelmakan bakat, potensi serta kebolehan seseorang individu. Oleh sebab itu, setiap individu perlukan pendidikan kerana pendidikan boleh memperkembangkan lagi bakat, potensi dan kebolehan mereka.

Antara maksud bagi elemen perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu pula ialah, bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan sebaliknya perlu dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Sekurang-kurangnya, perkembanga bakat, potensi serta kebolehan mestilah merangkumi keempat-empat aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Elemen insan yang seimbang dan harmonis pula ialah, setiap individu mestilah mempunyai ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada tuhan serta mempunyai akhlah yan terpuji (rohani) serta kesihatan diri yang baik (jasmani). Keempat-empat aspek tadi perlulah seimbang untuk menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan juga orang lain. Individu seperti ini tidak akan mempunyai sebarang masalah dalam menempuh apa juga cabaran kehidupan dan mampu menghadapi serta menyelesaikan pelbagai masalah dengan baik.

Unsur intelek ialah mempunyai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain itu, setiap individu mestilah sentiasa berusaha untuk mengembangkan lagi ilmu yang benar. Unsur intelek juga ialah berkemahiran dalam berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Untuk terus memastikan kemajuan dalam keluarga masyarakat dan negera, individu perlu untuk berkonsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.

Menyedari dan percaya kepada Tuhan ialah salah satu daripada unsur rohani. Kita mestilah bersyukur dengan pemberian tuhan dan mempunyai akhlak yang mulia dan berpegang dengan nilai-nilai murni supaya dipandang tinggi oleh masyarakat.

Unsur emosi pula ialah mempunyai emosi yang matang dan stabil serta dapat memiliki dan memupuk perasaan kasih saying sesama insan. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan amatlah penting bagi mengeratkan serta mengukuhkan lagi kekuatan masyarakat kita yang berbilang kaum dan bangsa.

Unsur yang terakhir ialah unsur jasmani. Unsur ini ialah menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Mestilah mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulative dan sosial. Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang amat penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita mesti mengakui tentang kewujudan Tuhan dan mengakui bahawa Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam. Selain itu, kita juga mesti menyedari bahawa setiap fenomena alam merupakan peraturan yang telah ditetapkan oleh tuhan. Setiap individu mesti bertanggungjawab ke atas segala perbuatan dan tindakannya. Setiap individu juga mesti mengamalkan setiap ajaran agama yang dianutinya.

Elemen yang lain ialah, rakyat Malaysia yang berilmu tinggi. Setiap individu mestilah menyintai ilmu pengetahuan. Jika kita cinta akan ilmu, kita akan berminat untuk menuntut pelbagai ilmu kerana ilmu itu luas. Dalam FPK, terdapat juga rakyat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia, serta bertanggungjawab. Berketerampilan bermaksud mempunyai kecekapan dan kompetensi diri serta berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Berketerampilan boleh dipupuk dalam setiap diri individu jika mempunyai kekuatan dalam intelek, rohani, emosi dan jasmani. Manakala berakhlak mulia pula ialah mempunyai perwatakan diri yang baik dan berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. Untuk memastikan kita hidup dalam masyarakat yang harmoni dan bersepadu, nilai-nilai moral yang baik perlu untuk menjamin masa depan negara. Bertanggunjawab pula bermaksud boleh dipercayai serta menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Sebgai rakyat Malaysia, kita mesti menjalankan tanggungjawab kita dan mematuhi rukun negara. Contohnya mematuhi undang-undang ataupun peraturan yang telah digubal oleh kerajaan.

Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara merupakan elemen yang penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berfikiran waras dan berjiwa tenang bagi menghadapi cabaran hidup yang semakin mencabar. Setiap individu juga perlu berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan bertolak ansur bagi mengukuhkan lagi perpaduan sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Untuk memberi sumbangan terhadap keharmonian negara kita perlu berusaha untuk memajukan ekonomi negara, mengekalkan kestabilan politik serta mematuhi perlembagaan dan peraturan negara.

Kita juga mesti berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbagan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Untuk mencapai kesejahteraan diri, individu perlu mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi. Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup juga amatlah perlu. Seperti elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, individu yang mampu mencapai kesejahteraan diri akan mampu untuk member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(nota Falsafah Pendidikan PISMP Semester 1)

Falsafah pendidikan kebangsaan mempunyai beberapa kategori atau aspek yang penting termasuklah pembentukan, analisis dan implikasi terhadap sistem pendidikan Negara. Dalam pada itu, ideologi kebangsaan termasuklah Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dirujuk.

Seperti yang kita sedia maklum, Negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Justeru itu, agak penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan kita sendiri. Setelah menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideology negara. Kini, FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Secara ringkasnya (FPK) menggariskan segala istilah, pemikiran, dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan negara di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entity keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negera.

Idea untuk menggubal FPK telah wujud atau tercetus pada tahun 1979 lagi apabila penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan tersebut mengandungi beberapa isu penting yang berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan. Selain itu, laporan itu juga mengemukakan peri pentingnya kita mempunyai suatu falsafah pendidikan yang mementingkan pembangunan kemanusian seperti petikan yang berikut:

“Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam bidang sosial. Kita berhadapan dengan pelbagai unsur dari luar dan dalam. Kebanyakan daripada unsur di dalam adalah baik tetapi, unsur yang didatangkan dari luar, yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kita menghadapi satu cabaran lain, iaitu pembangunan kemanusiaan.”(Laporan Kabinet, 1979:226)

“Tenaga rakyat yang diperlukan....juga dari segi nilai-nilai disiplin....perlu jujur dan dedikasi terhadap kerja....boleh berfikir dn bertindak dengan baik....berpandukan kepada punca-punca akhlak yang mulia....perlu selaras dengan tujuan pembangunan manusia.”(Laporan cabinet, 1979:227)

Berdasarkan petikan di atas, kita telah mengetahui bahawa pembangunan manusia yang inginkan oleh kerajaan merangkumi aspek mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Pernahkah anda berfikir apakah kenapa Falsafah Pendidikan kebangsaan ditubuhkan berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideology negara? Apakah rasionalnya dan apakah dasar-dasar yang membentuk FPK? Antara dasar-dasar yang membentuk FPK ialah Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Rukunegara Malaysia telah ditubuhkan atau diisytiharkan pada hari kemerdekaan negara iaitu 31 Ogos 1957. Rukunegara kita sebenarnya diilhamkan dari sebahagiannya daripada Pancasila negara Indonesia. Tahukah anda bahawa Rukunegara Malaysia juga dikenali sebagai facto Malaysian pledge of allegiance. Terdapat 5 prinsip yang telah membentuk rukunegara Malaysia yang menjadi pegangan rakyat Malaysia sehingga sekarang. Antaranya prinsip-prinsip rukunegara adalah seperti berikut:

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

• Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
• Memelihara satu cara hidup demokratik;
• Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama;
• Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai
corak; dan
• Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

• Kepercayaan kepada Tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undand-Undang
• Kesopanan dan Kesusilaan.

Adakah anda telah pun menghafal sepenuhnya prinsip-prinsip rukunegara? Prinsip ini amat lah penting bagi kita rakyat Malaysia bagi menjamin kesejahteraan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Jikalau kita berpegang teguh terhadap prinsip-prinsip ini, maka kita telah pun seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Photos

 

Site Info

Followers