PERHATIAN

Laman blog ni akan dikemaskini pada 20 Mac 2010. Kami meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan nota-nota seterusnya. Hal ini kerana kami terlalu sibuk dengan tugasan. Harap maklum, sekian..

Wednesday, January 13, 2010

Pengalaman Belajar Kanak-Kanak

(nota Murid Dan Alam Belajar PISMP Sem 2)

Sejak dilahirkan, kanak-kanak berkembang melalui proses mengalami sesuatu. Kanak-kanak belajar berjalan, berlari, bertutur, berkawan dan bersosial melalui pengalaman sendiri. Kanak-kanak menghadapi kegagalan sebelum berjaya. Proses belajar melalui pengalaman langsung ini merupakan cara semulajadi manusia belajar. Pembelajaran dalam bentuk pengalaman langsung sesungguhnya ialah bentuk pembelajaran yang paling berkesan. Sebenarnya pelbagai perkara dipelajari oleh kanak-kanak melalui sesuatu aktiviti yang dilaluinya.

John Holt dalam bukunya How Children Learn (1995), telah menyenaraikan prinsip-prinsip berikut dalam pembelajaran semula jadi kanak-kanak :-

1. Kanak-kanak mempunyai kekuatan daya ingin tahu secara semula jadi.
2. Kanak-kanak belajar sesuatu dengan sendirinya.
3. Kanak-kanak perlu mengambil masa yang lama untuk berfikir.
4. Kanak-kanak tidak takut untuk mengaku tidak tahu dan berani membuat kesilapan.
5. Kanak-kanak menghayati nilai-nilai intrinsik dalam perkara yang dipelajari oleh mereka.
6. Kanak-kanak belajar paling baik tentang hubungan dengan orang lain melalui interaksi dengan pelbagai peringkat usia.
7. Kanak-kanak paling baik tentang dunianya melalui pengalaman langsung.
8. Kanak-kanak memerlukan masa yang mencukupi untuk bersama keluarga.
9. Tekanan akan mengganggu pembelajaran kanak-kanak.


Prinsip-prinsip di atas telah membuktikan bahawa penglibatan langsung dalam pembelajaran merupakan satu kaedah belajar yang semula jadi dan paling berkesan. Pengalaman langsung atau first hand experience merupakan belajar dari proses membuat, berkongsi, belajar peranan orang dewasa mengikut tugas dan tanggungjawab melalui permainan pondok-pondok, ketengteng dan sebagainya. Kanak-kanak akan belajar sesuatu dengan sendirinya jika mereka terdedah kepada persekitaran yang merangsang minda. Kanak-kanak amat kuat rasa ingin tahunya. Lantaran itu, mereka banyak menyoal dan tidak takut untuk mencuba sesuatu. Sebagai guru kita hendaklah mengambil kira alam belajar kanak-kanak dalam merancang pembelajaran berkesan. Alam belajar yang wajar disediakan haruslah merangkumi empat aspek iaitu, berpusatkan murid, beasaskan maklumat atau pengetahuan, berpandukan pentaksiran pembelajaran dan berlandaskan komuniti pembelajaran.

2 comments:

Unknown on July 23, 2012 at 5:54 PM said...

Ayat yang mudah di fahami tetapi memberi maksud yang mendalam...
terima kasih coz ia sedikit sebanyak membantu sya m'buat pmbentangan next week...

Anonymous said...

Reaterima kasih atas info.. sy mintak copy yer.ur...

Photos

 

Site Info

Followers