PERHATIAN

Laman blog ni akan dikemaskini pada 20 Mac 2010. Kami meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan nota-nota seterusnya. Hal ini kerana kami terlalu sibuk dengan tugasan. Harap maklum, sekian..

Wednesday, January 13, 2010

Konsep Main

(nota Murid Dan Alam Belajar PISMP Sem 2)

Main merupakan satu konsep yang kelihatan mudah tetapi sukar untuk didefinisikan. Kita sedar dan faham akan main apabila kita melalui prosesnya dengan sendiri. Mudah bagi kita menjelaskan konsep main dengan melihat unsur-unsur main seperti main ialah sukarela, main bermotivasi intrinsik, main melibatkan penglihatan dan pergerakan fizikal yang aktif serta main mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini, 1995). Oleh itu, main merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan, mengalami sendiri atau terlibat secara langsung, memerlukan penglibatan aktif secara fizikal dan kognitif serta kesannya juga berlaku secara langsung ke atas individu yang mengalami atau yang melakukannya. Menurut Fromberg (1987), secara umumnya main adalah simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi intrinsik, berperaturan dan berbentuk episodik. Sering kali main dikatakan antonim kepada kerja atau belajar. Sebenarnya konsep tersebut kurang tepat kerana kerja atau belajar yang menikmati kepuasan serta mempunyai empat unsur berkenaan tergolong dalam konsep main.

main dapat digolongkan mengikut fungsinya, iaitu main sebagai satu kemajuan, main sebagai kuasa, main sebagai fantasi dan main sebagai main. (Brian Sutton-Smith dalam Pellegrini 1995).

a. Main sebagai kemajuan melihat main sebagai satu proses belajar, iaitu proses untuk menambah baik dan memenuhi keperluan psikologi dan keperluan sosial.
b. Main sebagai kuasa merujuk kepada pertandingan yang melibatkan pasukan lawan, menanga atau kalah.
c. Main sebagai fantasi berkait rapat secara lagnsung dengan main sebagai kemajuan. Kedua-duanya melibatkan kanak-kanak. Main sebgai fantasi juga melibatkan peranan main dalam mencungkil dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan imaginatif.
d. Main sebgai main mengutamakan kualiti pengalaman main itu sendiri, bukannya hasil daripada bermain. Kualiti main melibatkan pengalaman intrinsik dalam diri pemain.

Bagi kanak-kanak, main merupakan satu laluan yang membolehkan kanak-kanak belajar dan mengenali persekitaran dunianya melalui penerokaan, simulasi, lakonan, prses cuba-jaya dan manipulasi alatan. Main juga boleh dianggap satu proses semulajadi yang menghubungkaitkan alam fizikal kanak-kanak dengan alam spritual, pemikiran, kreativiti, perlambangan, idea, peranan serta pengalaman masa depan kanak-kanak. kanak-kanak belajra melalui proses bermain.

Bermain meliputi aktiviti yang memberikan kegembiraan dan peluang bagi murid melahirkan perasaan, meneroka serta mencuba dan meningkatkan kemahiran. Bermain dapat memberi murid peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian. Melalui bermai juga dapat memupuk perkembangan kognitid dan psikomotor. Kanak-kanak yang melalui proses bermain akan mendapat pengalaman langsung sudah pasti akan memberikan kesan pembelajaran yang mantap dan berkesan.

0 comments:

Photos

 

Site Info

Followers