Pada zaman abad pertengahan ini muzik-muzik telah pun mula dinotasikan. Pada ketika ini, gereja katolik Roman telah menjadi suatu institusi akibat daripada retaknya empayar Roman. Justeru itu, fungsi utama muzik pada ketika ini adalah untuk majlis dan upacara yang berlaku di dalam gereka sahaja. Dikir Gregorian merupakan jenis muzik yang utama pada ketika itu. Namun demikian, peranan gereja semakin lama semakin lemah dan bentuk serta jenis muzik baru telah wujud bagi menyahut seruan dan pemikiran humanisme yang terdapat di zaman Ars Nova.
Sejarah Ringkas
Empayar Roman merupakan satu empayar yang kuat kerana telah menakluki hampir sebahagian negeri di bumi. Namun demikian, pada kurun ke 17, Empayar Roman dari Britain ke Sahara Afrika dan dari Sepanyol ke Timur Tengah semakin lemah. Padaa ketika kejatuhan ini, Gereja Katolik menjadi semakin penting. Pada ketika ini barulah terbukti bahawa kuasa suci yang dipegang oleh paderi lebih ketara dari tentera raja.
Pada asalnya, Agama Kristian hanya dianuti oleh sebilangan kumpulan manusia dan kini mula mendapat perhatian oleh sebahagian besar negara barat. Semasa Gregory the Great ditabalkan sebagai Pope pada tahun 590 geraja Katolik Roman mendapat kedudukan yang tertinggi dan semakin berkuasa di bahagian barat. Pihak gereja telah memperkenalkan semua peradaban. Kemunculan biara semakin ramai. Gereja yang berada diluar bandar telah dijadikan institusi menuntut ilmu. Pendidikan merupakan kunci kepada kuasa dan hanya golongan paderi sahaja yang berpendidikan. Justeru itu, kebolehan membaca dan menulis hanya berada dalam golongan manusia yang berada di gereja sahaja.
Kehidupan pada zaman tersebut amatlah sukar bagi kebanyakan manusia. Pada zaman ini, sistem fuedal dan perhambaan diamalkan. Ini telah membuat seseorang yang kaya bertambah kaya dan miskin bertambah miskin. Penyakit, peperangan kemiskinan dan buta huruf dihadapi oleh golongan bawahan seperti petani-petani dan hamba abdi.
Perkembangan muzik pada masa itu dipengaruhi oleh pihak gereja. Muzik adalah sebahagian daripada gereja. Berdasarkan manuskrip muzik yang terdapat pada masa zaman abad Pertengahan adalah muzik gereja semata-mata. Terdapat juga beberapa muzik vokal dan tarian diluar gereja tetapi tidak dinotasikan. Gereja merupakan tempat paling penting dan bertanggungjawab melatih dan membiayai persembahan muzik.
0 comments:
Post a Comment