PERHATIAN

Laman blog ni akan dikemaskini pada 20 Mac 2010. Kami meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan nota-nota seterusnya. Hal ini kerana kami terlalu sibuk dengan tugasan. Harap maklum, sekian..

Wednesday, December 2, 2009

Aspek Komuniti Pembelajaran

(nota Murid dan Alam Belajar PISMP Sem 2)

Manusia bergantung kepada individu lain untuk terus hidup dan berkembang dengan sempurna. ini kerana manusia ialah insan sosial yang tidak dapat hidup bersendirian. Begitu juga dalam proses pembelajaran, manusia bergantung dengan individu lain. COntohnya, pembelajaran paling asas dan semula jadi bagi setiap manusia adalah melalui proses peniruan. COntoh ini dapat dibuktikan semasa kita masih bayi. Bayi meniru segala perbuatan, percakapan melalui persekitrannya. Lantaran itu, komuniti pembelajaran yang paling sesuai perlu ada bagi memastikan pembelajaran berkesan dapat berlaku.

Komuniti pembelajaran boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif, dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling membantu dalam proses belajar. Pengalaman belajar dalam bentuk kokmuniti pembelajaran merupakan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna, wajar dan semula jadi. Komuniti pembelajaran membina kesedaran bekerjasama, memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya. Pembelajaran dalam bentuk komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semula jadi manusia belajar dan sesuai juga dengan keadaan sebenar dunia. komuniti pembelajaran juga boleh dirujuk kepada perentasan kurikulum yang dipelajari secara hubungkait atau bersepadu, bukannya secara terpisah.

Sekolah atau bilik darjah sebagai satu komuniti pembelajaran boleh disamakan dengan satu keluarga yang rapat, satu bentuk kejiranan yang sepakat atau satu kumpulan yang jelekit dalam aspek hubungan sesama ahli, semangat kekitaan, saling menghormati, saling membantu serta menyokong. Komuniti pembelajaran merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi nilai dan kepercayaan dan secara aktif belajar bersama-sama serta saling belajar daripada individu lain.

Menurut McMillan dan Cavis (1986), komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri berikut :-

- Keahlian
- Pengaruh
- Memenuhi keperluan individu
- Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan

Justeru itu, ahli komuniti pembelajaran perlu ada perasaan patuh kepada kumpulan, bergerak bersama, membantu rakan dalam kumpulan, memberikan peluang kepada ahli kumpulan meluahkan pendapat serta berfikir secara aktif, bukannya reaktif. Komuniti pembelajaran membenarkan ahlinya meluahkan perasaan dan pandangan, berkongsi idea, saling bantu membantu dan mengajar. lantaran itu, ahli komuniti pembelajaran dalam satu bilik darjah dapat bergerak dalam kumpulan yang mantap. Belajar dalam komuniti pembelajaran boleh membantu ke arah perkembangan yang positif kelak. Persaingan yang sihat dapat dipupuk melalui amalan komuniti pembelajaran yang sihat. sudah menjadi tugas guru sebagai pemimpin dalam kelasnya untuk mewujudkan komuniti pembelajaran yang sanggup bersaing tanpa menindas rakan yang lain.

Pengalaman pembelajaran kanak-kanak bukan sahaja berlaku di dalam sekolah, malah persekitaran luar sekolah. oleh itu, masyarakat memainkan peranan penting dan berusaha untuk bekerjasama dengan guru dalam mebentuk peribadi murid-murid. Ini selaras dengan teori "Ekologi Bronfenbrenner" yang mengemukakan lima sistem sosial iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem yang mempengaruhi perkembangan personaliti individu.


rajah 1.2


Setiap pengalaman murid di dalam kelas, bagaimana perasaan murid bersama-sama rakan semeja atau sekumupulan ialah persekitaran yang membentuk alam belajar murid berkenaan. Alam belajar ini merangkumi persekitaran yang lebih luas, iaitu sekolah, keluarga dan komuniti mempengaruhi pembelajaran murid. lantaran itu, wajarlah guru membina hubungan yang erat antara sekolah dengan keluarga serta komuniti setempat dan masyarakat yang lebih luas.

0 comments:

Photos

 

Site Info

Followers