PERHATIAN

Laman blog ni akan dikemaskini pada 20 Mac 2010. Kami meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan nota-nota seterusnya. Hal ini kerana kami terlalu sibuk dengan tugasan. Harap maklum, sekian..

Monday, December 22, 2008

Frasa

(nota Bahasa Melayu PPISMP Semester 2)

Definisi Frasa

Frasa ialah binaan yang terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek, atau keterangan.

(Teks Pra-U STPM, Bahasa Melayu kertas 1, m/s 254)

Ayat dalam bahasa terbentuk daripada urutan perkataan. Urutan perkataan yang dapat bertugas sebagai unsur binaan ayat yang lebih kecil dipanggil frasa. Secara mudah, frasa adalah suatu susunan perkataan dalam suatu binaan terkecil dalam ayat.

(Buku Nahu Bahasa Melayu)

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.


Seterusnya ialah (Jenis-jenis Frasa)

0 comments:

Photos

 

Site Info

Followers