PERHATIAN
Laman blog ni akan dikemaskini pada 20 Mac 2010. Kami meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan nota-nota seterusnya. Hal ini kerana kami terlalu sibuk dengan tugasan. Harap maklum, sekian..
(nota Bahasa Melayu PPISMP Semester 2)
Definisi FrasaFrasa ialah binaan yang terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek, atau keterangan.
(Teks Pra-U STPM, Bahasa Melayu kertas 1, m/s 254)
Ayat dalam bahasa terbentuk daripada urutan perkataan. Urutan perkataan yang dapat bertugas sebagai unsur binaan ayat yang lebih kecil dipanggil frasa. Secara mudah, frasa adalah suatu susunan perkataan dalam suatu binaan terkecil dalam ayat.
(Buku Nahu Bahasa Melayu)
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
Seterusnya ialah (Jenis-jenis Frasa)
(nota Bahasa Melayu PPISMP Semester 2)Jenis FrasaDalam Bahasa Melyu, jenis frasa yang terdapat ialah empat iaitu :
- Frasa Nama (FN)
- Frasa Kerja (FK)
- Frasa Adjektif (FA)
- Frasa Sendi Nama (FSN)
(nota Bahasa Melayu PPISMP Semester 1)
Gambarajah dan Label :
click picture for large image
- Bibir Atas
- Bibir Bawah
- Gigi Atas
- Gigi Bawah
- Gusi
- Lelangit Keras
- Lelangit Lembut
- Anak Tekak
- Hujung Lidah
- Hadapan Lidah
- Tengah Lidah
- Belakang Lidah
- Akar Lidah
- Epiglotis
- Rongga Suara
- Rongga Tekak
- Rongga Hidung
- Rongga Mulut
- Rahang
- Tenggorok
Alat Artikulasi
Alat artikulasi hanya terdiri daripada :
- Lidah
- Gigi
- Bibir
- Gusi
- Lelangit
- Rongga Hidung
- Pita Suara
Fungsi Alat ArtikulasiLidahLidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.Lidah terbahagi kepada empat bahagian,iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah.Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.
Gigi
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.
BibirBibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.
GusiGusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.
Lelangit
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.
Rongga HidungTerletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.
Pita SuaraPita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.
Gambarajah Pita Suara :
click picture for large image Seterusnya ialah Jenis - Jenis Bunyi yang dihasilkan Alat Artikulasi
(next page)
(nota Bahasa Melayu PPISMP Semester 1)
Daripada Buku Tatabahasa DewanAsal usul orang-orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun,kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang orang-orang Melayu.
Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru. Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto. Kebanyakan keturunannya adalah Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 sebelum masihi iaitu pada Zaman Logam, datang pula gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro. Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara. Kebanyakan keturunannya adalah orang Melayu di Malaysia.
Golongan ini dikatakan lebih bijak dan mahir daripada Melayu Proto kerana telah memperlihatkan kepandaian dalam bidang astronomi,pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangannya juga lebih banyak daripada Melayu Proto. Golongan kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa-bahasa yang berlainan hari ini masih dapat dilihat unsur-unsur persamaan.
Nik Safiah Karim menerangkan bahawa Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama keluarga bahasa Austris. Disamping rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun yang lain dalam keluarga ini, iaitu bahasa-bahasa Austroasia dan Tibet-Cina. Ini dapat di rajahkan seperti berikut:
click picture for large image
Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Bahasa Melayu tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam keluarga Ausronesia. Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Oleh yang demikian, bahasa-bahasa ini dapat pula dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu,seperti yang berikut:
1. Golongsn Filipina
2. Golongan Sumatera
3. Golongan Jawa
4. Golongan Kalimantan
5. Golongan Bali-Sasak
6. Golongan Gorontalo
7. Golongan Tomini
8. Golongan Toraja
9. Golongan Loinang
10. Golongan Bunku-Laki
11. Golongan Sulawesi Selatan
12. Golongan Muna Butung
13. Golongan Bima-Sumba
14. Golongan Ambon-Timur
15. Golongan Sula-Bacon
16. Golongan Halmahera
Daripada Portal Pendidikan
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
• Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan)
• Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara)
Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
Teori Yunnan
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan. Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.
Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.
Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai pinang.Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.
Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.
Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.