PERHATIAN

Laman blog ni akan dikemaskini pada 20 Mac 2010. Kami meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan nota-nota seterusnya. Hal ini kerana kami terlalu sibuk dengan tugasan. Harap maklum, sekian..

Monday, November 24, 2008

Alat Artikulasi Dan Fungsinya

(nota Bahasa Melayu PPISMP Semester 1)


Gambarajah dan Label :

click picture for large image

  1. Bibir Atas
  2. Bibir Bawah
  3. Gigi Atas
  4. Gigi Bawah
  5. Gusi
  6. Lelangit Keras
  7. Lelangit Lembut
  8. Anak Tekak
  9. Hujung Lidah
  10. Hadapan Lidah
  11. Tengah Lidah
  12. Belakang Lidah
  13. Akar Lidah
  14. Epiglotis
  15. Rongga Suara
  16. Rongga Tekak
  17. Rongga Hidung
  18. Rongga Mulut
  19. Rahang
  20. Tenggorok
Alat Artikulasi

Alat artikulasi hanya terdiri daripada :
  • Lidah
  • Gigi
  • Bibir
  • Gusi
  • Lelangit
  • Rongga Hidung
  • Pita Suara

Fungsi Alat Artikulasi

Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.Lidah terbahagi kepada empat bahagian,iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah.Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

Bibir


Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

Rongga Hidung


Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

Gambarajah Pita Suara :

click picture for large image

Seterusnya ialah Jenis - Jenis Bunyi yang dihasilkan Alat Artikulasi

(next page)


0 comments:

Photos

 

Site Info

Followers